Follower

Tuesday, November 27, 2012

kursus mekap


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga attend kursus mekap-mekap ni. dah lama dah berangan n ternanti-nanti kursus ni selepas postpone, postpone n postpone lagi berkali2 ari selasa call jadi n then last2 ari kamis call ckp cancel mmg frus giler...Lastly ari kamis weekend baru ni diarong call cakap kelas nk start so siap-siap i tanya ni x akan cancel dah kan...hi3...ayat perli mak ko bagi...May be terimalah kita hanya merancang n Allah yang menentuan kan. mungkin ada jodoh so jadi la kursus tu n berjalan dengan lancar selama dua hari...

So sebelum nk jamu mata nk tengok gambar i nk citer sket ler perjalanan kursus selama dua hari berturut2 bermula jm 9 pagi hingga 4.30 ptg (cm opis hour) cam hari keje lak..tp best. 

Pagi2 lagi i bangun btw kalu x p memana pun hari cuti mmg bngun awal dah terbiasa kan. dengan exitednyer bersiap2 n dalam perjalanan tu hati pun berangan-angan sgt....mulalah nak jadi MUA suatu hari nanti. Berdoalah wahai kawan-kawanku agar impianku tidak berkubur disini....huk3...dalam duk berangan tu terlepas traffic light nk msuk Kolej Komuniti sib baik la ada laluan lain yang x jauh sangat. huh....melamun lagik..My friend pun perasan...laju gila minah ni...so cepat2 dia telefon tanya nk pi mana hik3 lawak2...Masa fisrt day masuk dewan hanya kerusi jer yang tersusun tapi tak dak meja ke hapa ker...aik...cam nak dengar ceramah jer ni non practical ker?..OMG...persiapan dari segi peralatan mmg tidak memuaskan la bagi i. no preparation detail...so start lambat jugak kelas dalm jam 10 lebih la pastu LCD pun x pasang n tak ada...so imagine ler cikgu tu kena bercakap tanpa slide so best la cikgu tu berceloteh....walau dah on separuh jalan n dah pasang smua tu...n mcm biasa slide tersedia. First day belajar bab mekap n second day belajar bab penampilan diri.

So apa yang dipelajari lebih byk kepada teori n basic make up n berpatutan la dengan yuran hanya RM 50 hinggit bersama lunch...so i igtkan nak mekap step by step ikut part of our face but not n benda ni boleh jugak dalam tenet. Btw ada byk jugak yang kita tak dapat cari.. so tq so much cikgu sobah.

Cikgu Pn Sobah ni berasal dari Yan n merupakan tenaga pengajar dari kolej Komuniti Sungai Petani dalam bidang Kecantikan n Spa. So ni kira terbaiklah sebab boleh import dia mai Kolej Komuniti Darul Aman ni coz disini tak dak bidang tu...so peluang yang ada haruslah direbut....

Apa yang i dapat dari kursus ni??? ni yang boleh ingat ler ...yang tak ingat tu kena buka nota balik..

* Hargai anugerah Tuhan, sayang diri sendiri dulu...biar org cakap selfish ker apa selepas kita sayang pada     Pencipta Ya Rabbul Alamin
* perempuan kalau pms, gaduh ngan somi ker or ada masalah ker must mekap tuk high level confident..tak ler nampak muka pucat lesi cm mayat paling tidak pun berbedak n berlipstik
* guna 20% dari gaji untuk reward diri sendiri, jgn duk pk baju ank laki jer.
* jangan takut perubahan..eh2 boleh ke mekap nanti org lain rasa pelik tiba2 jer mekap. Dont scary ok for  untuk yg lebih baik...mula2 mmg org cakap cm tu coz tak biasa dengan perubahan drastik kita tuh. cthnya ler kan ada somi tu tak suka bini dia mekap2 nak light jer tapi yang tak syoknyer dia duk cari pompuan lain yang mekap comey2 so camner tuh....fuhhhh.. 
 * petua untuk wajah: gunakan kulit telur ayam kampung bukan moden. Kulit okeh...bukan isinya..isinya silalah wat goreng ker apa ker etc lan kan. Lagipun mahai kan telur ayam kampung so kita guna semuanya. baru puas hati.  keringkan kulit telur n then blend bagi halus n wat skrub muka...nk wajah semulus telur ayam kan so cubalah. kalu nak lebih lagi boleh letakkan bersama beras yang digoreng tanpa minyak n blend bersama. Sapa nak cantik n licin angkat tangan..Yeeaayyyyyyyyy..

Hari kedua sambung ler buat facial wajah memasing n cara nk cuci wajah n then semua ni i ada terima dah ilmu gini masa ceramah yang dolu2....so jom layan gambar..

***muka sebelum***


 ***muka selepas***


...ni lah cikgu kita pn. Sobah memberi tunjuk ajar..



me n cikgu

Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan...suka cikgu muka n kulit halus n mulus walau dah four series n lebih kurang ngan three series jer...sempatlah tanya dia amalkan apa so dia bg tau dia jaga pemakanan n amalkan epo. so ptg tu jugak i p farmasi beli epo...so nanti i bg review epo berkesan ke tak untuk i.nk licin micin jugak kulit ni. 

p/s untuk diri sendiri...
insyaallah i akan cuba realisasikan impian ni..Aminnnn...i dah cuba buat blog 4 mekap servis so nanti dah byk ilmu n job yang dibuat i akan publish mybe utk sedara2 dulu...so tunggu insyaallah...coming soon.














Tuesday, November 6, 2012

Oktober Favourites


Hari tu jenjalan kat AS saja jer menghabiskan masa boring kat umah so terjumpa la kiosk barang2 mekap ni. Savee brand dia. i pun taktau benda ni wujud tapi promoter tu cakap setakat la barang ni di jual di Singapore jer..kalu tak silap packing tu tulis produk ni dari france..so tangkap muat jugak le 5 item. so mask  n cream tu dia bagi free

* Savee eyeshadow RM 2..NP RM 12.00
Warna dia tak terang sangat ler maybe matte kan and ada juga yang shimmer btw dari pengalaman i, dicomparekan ngan elianto..menang elianto ler..btw warna kuning koko, dark blue n grey sebelah kanan tu terbaeekk..




Barang-barang ni d grab cam biasa ler kat mana lagi kalu tak di Watsons utk tiap2 bulan..hiiiihii. Actually nak beli highligter tu jer ...yer la nak juga wat pembaharuan pada make up i ni..tapi yang len pulak dibelinya untuk menambahkan bakul hi3 tadaaa...inilah hasilnya.

* Miss Rose Kajal RM 9.90
Kajal ni superb la bg i coz dia mudah jaga n tak mudah patah cumanya masa nak cuci memang muka ni akan jadi panda hii2...bolehlah


* Silky White RM 17.90
saja2 jer beli lama dah tak pakai..satu bagi kat makcik


* Vaseline Intensive Cream RM 6.90
beli jugak coz offer masa ni..


* Kabuki Brush - Avon RM 7.90
Best la jugak brush ni...cuma sakit sket la bila kena kt muka
* In2IT Hihgliter : RM 24.90
benda ni dia shining2 sket la namapun highlight kan?? so pengalaman membaca tu kegunaan dia ni for highlight bagi muka kita tu timbul sket..actually tulang pipikan ni la trik mekap sebenarnya...


* In2IT 3 in 1 Cleansing Cream RM 12.90
masih duk mencari-cari remover mekap actually pada bahagian mata..lagipun penekanan pada mekap mata yang selalu i lebihkan so kat situ la susahnya nak tanggal. dulu guna Forest Secret punya mmg best..tapi jodoh tak panjang forest secret ni dah tutup...huuu...huuu...sedey! Damn..
Masa mencuci tu ok la juga i bg 3/5 la lagi pun kat mata mmg tak jejas apa2 terus je jadi mata panda. so kena lagi buang ngn baby oil...

* E-Essence Mosaic Compact Powder RM 15.90
bedak cenggini dah lama duk mencari...jenama Milani pun ada tapi susah nak cari melainkan online jer. btw duk mencari2 produk essence ni katanya ada kat Watson tp barang kat watson ni tak semua ada ikut brand n cawangan jer. Ari tu ada le jenjalan kat Cmart S. Petani yang baru dibuka tu so terus terjah Watsons dari jauh dah nampak essense brand org len sibuk tgk revlon ke apa ke btw aku sibuk tgk essence ni coz susah nak cari di tempat sendiri...


* E-Essence eyebrow stylist set RM 13.90
selalu pakai cosway punya eyebrow pallete, lama dah empty duk nak membeli time offer nau tgh offer RM 16.90.

* E-Essence Stay All Day 16hr Long Lasting Make Up RM 19.90
Padahal foundation ni dah byk mcam2 jenis ada tapi nak try jugak. Ok la jugak not bad coz creamy n boleh menutup lagi cela2 di wajah.
* E-Essence Make up Remover RM 19.90
Harganya kalu tak discount RM 20+ la. Duk mencari mekap remover yang terbaik selepas forest secret yang dah tutup kedai. so terjumpa le biore brand ni. Lagipun banyak dengar review produk yang kata best dari bloggers so cuba la. Bagi i la kalu dekat mata memang dia mudah keluar tapi yang tak syoknyer bila guna kapas muka dia agak kesat dan memedihkan sikit. Yela mmg tak payah pakai kapas tp x selesa ler. bg i ni mgkin yang last choice ler mybe tunggu abis dulu la.Pas ni cari yang len pulak.  kalu letak banyak2 kat tepi mata mmg pedih la sikit.Selalu mekap heavy kat mata tmbah2 letak kajal waterprof. hik3...beaty is pain..

* Enchaunter Body Lotion RM 13.90
good smell...makcik a.k.a mak tiri i suka..

* Maybelline Baby Lips RM 8.90
offer jugak NP RM 10.90 kalu tak silap

* Watsons Body Butter RM 17.90
offer jugak NP RM 20+ kalu tak silap. Best bila pakai nampak berminyak jer tangan butter la katakan auwsss


* Silkygirl Lash Prism Mascara RM 15.90
Mascara ni sebenarnya lama dah n nau ada yang terbaru dah. so try it coz tgk review dr bloggers lagi.. so ok la jugak tp maybelline terbaik jugak walau susah sket nak mencucinya..akceli kat bawah mata.

 * Rexona Women Whitening  RM 7.90
Lama x beli so beli jugak ler ubah angin walau yang sedia ada belum habis...ermmm..pembaziran,

* Loreal Paris Revitalift White Anti Wrinkle n Spot Corrector RM 39.90
Haiiii...bertukar lagi...walau pernah try brand loreal sebelum ni lastly beli lagi versi lain pulak...coz day cream n moisturizer dah habis...last2 garb yang ni..main sambar jer huuu....harap-harap boleh la hilangkan wrinkle n spot corrector seperti yang dinyatakan...i hope sesgt


*MAC - Eyebrow Pallete RM 19.90
Walau tak dapat beli MAC yang ori beli yang replica ni pun jadik ler...warna ni ok la ..warm coz i like...

 

* Pantene Silky Smooth Care  RM 25.60
Sebenarnya banyak lagi syampu yang masih ada tapi alkisahnya masa balik kg tu, anak buah ada la berbaring sambil lepak-lepak tengok tv terasa harum dihidungku...wauuu...wanginyer...rambut...cepat bg tau pakai syampu apa so inilah jawapannya...so dah balik dari kg lupa jenama apa terus cepat jer jemari ni SMS tanya sekali lagi...so kena ler hentam ngan anak buah....waaa...mana tahan korang jer nak wangi akupun nak wangi ler...jangan lawan tokey okeh!..Mmg wangi n smooth tak rugi kalu nak beli...

Haaaa...ni pula koleksi syampu yang ada


Ni baru jer syampu tak termasuk lagi hair range yang lain..huk3

Totally this Month : RM 311.90

Ya Ampun banyaknya amount yang dilaburkan untuk bulan ni walau satu item tu ada yang tak sampai RM 10 hinggit pun ....ni la namanya membeli tanpa mengira..hu3...sabar..daaa































JOM CLICK...