Salam hari selasa n salam sayang sume....
Hari Jumaat minggu lalu…sambil
lepak-lepak depan tv dengar Ustazah kt TV9 berceramah. Tak ingat tajuk apa tapi
sempatlah ambil pen dan kertas untuk isi input yang diberi….takut-takut apa
yang ditulis hilang dalam simpanan begitu saja lebih baik letakkan ilmu yang
dapat kat blog ni untuk kebaikan kita bersama…moga-moga apa yang disampaikan
ini diberkati dan dapat dipraktikkan pada
kita semua…saya yakin ada juga yg berkesempatan mendengar n begitu juga
sebaliknya..
Ustazah tu (tak ingat nama apa)
berikan lima cara Rasulullah mendidik dalam rumahtangga tapi yang diberi hanya
tiga je dulu..dua lagi dia kata simpan untuk tahun 2014…huhuuu…
Tips pertama :
Komunikasi akidah
Yang ustazah tu sampaikan
komunikasi akidah ni bermaksud apa-apa yang disebut atau berlaku sebut nama
Allah dan berkaitan akidah dalam rumahtangga..…dia bagi contoh la kan..kalau
sisuami mengadu sakit gigi ke contohnya…janganlah marah2 berleter cakap tak pandai jaga gigi la, tak
gosok gigi ke sebelum tidur sebaliknya bagitau semua ni hak Allah bila-bila
masa allah berkehendakkan maka itulah terjadi….mengambil iktibar atas apa yang
berlaku dalam sesuatu perkara.
Tips Kedua :
Komunikasi cerdik
Komunikasi cerdik ni antaranya
mengambil tahu pasal dia, kerja dia jangan kira duk fikir diri sendiri jer…kadang-kadang
bagi la pendapat bagi sesuatu perkara…contohnya nak makan dimana…tapi bila
suami or isteri tanya jer…senang jer jawab tak tahu…kadang-kadang benda macam
ni boleh membosankan..
Tips Kedua :
Komunikasi emosi
Dalam komunikasi emosi ni….dipendekkan
cerita la kan..jangan la bercakap dengan pasangan ikut cakap mulut jer…buat
apa-apapun dengan penuh perasaan kasihsayang…jangan terlalu emosi … Rasul kita
adalah pendengar yang terbaik…sampaikan isteri-isteri baginda bercerita panjang
berjela dia melayan dengan baik dan berminat sambil bagi pendapat…cer kita
cerita kat suami/isteri yang diluar sana..contohnya la kan kita bercerita berkaitan
10 orang yang kita jumpa dipejabat…atau kerja buat kita seharain …ermmm belum tentu suami @ isteri2 diluar
sana boleh bertahan mendengarnya lama-lama tapi Rasul kita boleh mendengar dari
satu bab ke satu bab dan bercakap sambil beriba….oh so sweet kan…so lepas baca
ni buat suami n isteri2 diluar sana bolehlah praktikkan dalam kehidupan korang
k.
inilah sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi..yang baik itu dari Allah dan yang tidak baik itu dari kelemahan saya sendiri...
"smile always"
No comments:
Post a Comment