Salam Ukhuwwah dan Salam
Sayang Semua…..Harap semua sihat dan hepi selalu…
Di sini ija nak kongsi satu
petikan dari Majalah Mingguan Wanita yang ija baca baru-baru ini walaupun
majalah tu dah edisi lama tapi kata-kata ini member i semangat dan membuatkan
ija nak kongsi dengan pembaca semua…harap apa yang dikongsi ini dapat memberi
manafaat untuk kita menjalani kehidupan harian kerana kadang-kadang kita alpa
untuk menyuntik semangat diri dengan mutiara kata hati…
Jika
berlaku juga ketidakbahagiaan dalam kehidupan walau telah buat yang terbaik;
maka percayalah bahawa Allah S.W.T mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Ini kerana pada pandangan makhluk perkara yang terjadi adalah kebetulan tetapi
pada Allah S.W.T, ia adalah ketetapan. Maka keyakinan mesti harus teguh kepada
Allah S.W.T. Kita perlu semai dalam kamus kehidupan kita, bahawa Allah S.W.T
itu Maha Sempurna. Untuk merasai Cinta Ilahi, kita harus mengetahui nikmatnya
cinta.
Hargailah
apa yang kita miliki, kebahagiaan akan datang apabila kita hargai.
pesanan untuk diri sendiri juga....
No comments:
Post a Comment