Follower

Tuesday, March 5, 2013

Biarlah manis berpanjangan






Salam Ukhuwwah dan Salam Sayang Semua…..Harap semua sihat dan hepi selalu…

Di sini ija nak kongsi satu petikan dari Majalah Mingguan Wanita yang ija baca baru-baru ini walaupun majalah tu dah edisi lama tapi kata-kata ini member i semangat dan membuatkan ija nak kongsi dengan pembaca semua…harap apa yang dikongsi ini dapat memberi manafaat untuk kita menjalani kehidupan harian kerana kadang-kadang kita alpa untuk menyuntik semangat diri dengan mutiara kata hati…

Jika berlaku juga ketidakbahagiaan dalam kehidupan walau telah buat yang terbaik; maka percayalah bahawa Allah S.W.T mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk kita. Ini kerana pada pandangan makhluk perkara yang terjadi adalah kebetulan tetapi pada Allah S.W.T, ia adalah ketetapan. Maka keyakinan mesti harus teguh kepada Allah S.W.T. Kita perlu semai dalam kamus kehidupan kita, bahawa Allah S.W.T itu Maha Sempurna. Untuk merasai Cinta Ilahi, kita harus mengetahui nikmatnya cinta.

Hargailah apa yang kita miliki, kebahagiaan akan datang apabila kita hargai.

pesanan untuk diri sendiri juga....


No comments:

Post a Comment

JOM CLICK...